Pages

الأصل بقاء ما كان على ما كان

Tuesday, July 31, 2018

                                                            بسم الله الرحمن الرحيم 


                            المضوع : الأصل بقاء ما كان على ما كان

Maksudnya : Asal kekal sesuatu itu mengikut apa yang ada sebelumnya .



1) استصحاب

Mengikuti hukum yang telah ditetapkan masa lalu sehingga terdapat hukum lain yang mengubahnya , digunakan ulama usul .


2) استصحاب الأصل


  • Hukum yang terkuat itu adalah dikira tetap .
  • Kekal sesuatu yang berlaku pada masalalu , mengikut tetap / sabit pada masalalu .

  1. Contoh : Munakahat 

- Seorang suami keluar rumah dan tinggalkan isterinya dalammasa yang lama dan tidak tahu kemana hilang .


  • isteritidak boleh berkahwin 
  • suami tidak lafaz cerai 

      2. Contoh : 

- Seorang makan tengahari ketika berpuasa serta dia syak samada matahari terbenam atau belum .

Jadi hukumnya : Batal puasa kerana asalnya belum terbenam .

الأصل براءة الذمة

Monday, July 30, 2018

                                                  بسم الله الرحمن الرحيم



                         الأصل براءة الذمة

Konsep : 

- Keadaan asal seseorang itu suci daripada tanggungjawab .



1)   معنى  الأصل 

kaedah berterusan ( قاعدة ثابتة )

2)     معنى الذمة 

Tanggungjawab / jiwa atau zat .
( النفسي \ ذات )

3)  معنى القاعدة إجمالية 

- Kaedah yang berterusan bahawa manusia itu suci الذمة nya ( tiada tanggungjawab ) daripada sesuatu kewajipan , keadaannya yang perlu bertanggungjawab adalah berlawanan dengan kaedah asal .

- Orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal berpegang dengan hukum yang berlawanan dengan hukum asal . Manakala , orang yang mendakwa dengan lawannya perlu bertanggungjawab dari awal atau berpegang dengan hukum yang asal .


Contoh :-

Orang yang meminjam sesuatu mendakwa sudah memulangkan barang yang dipinjam maka dakwaan diterima kerana 
الأصل براءة الذمة suci daripada tanggungjawab . 

- Tidak diterima dakwaannya golongan kedua kecuali dengan mendatangkan dua saksi atau bersumpah dan seorang saksi .


4)    دليل قاعدة 

(( البينة على المدعى واليمين على من أنكر  ))

[ حديث النبى ]

Maksudnya : Perlu kemukakan bukti oleh mendakwa, dituduh perlu bersumpah tuduhan keatasnya .

اليقين لا يزول بالشك

                                      بسم الله الرحمن الرحيم


                           اليقين لا يزول بالشك


Yakin  ( اليقين )

- Pasti .
- Ketenangan hati diatas sesuatu hakikat .


Syak   ( الشك )

- Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan.


( Makna kaedah dari fuquha )        معنى قاعدة إجمالية 


- Perkara yang diyakini berlakunya ( batal ) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti  ( القطعي ) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi , begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin .



Contoh : Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak dia berhadas , apa hukumnya ?

Imam ahmad & Abu Hanifah berkata hukumnya suci kerana yakin tidak berhadas . 

Imam Malik berkata wajib ke atasnya berwudhuk berdasarkan kaedah ( dalam kaedah syak didalam syarat ) ( wuduk ) menjadi penghalang daripada sahnya solat , justeru taharah ( suci ) adalah syarat sah solat .





                                            قاعدة إمام المالك 
                     (      الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط  )


Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain kemudian orang yang berhutang itu syak , adakah dia dah jelaskan hutang ? 

Hukum hutang tersebut kekal , kerana dia yakin yang dia berhutang .

الأمور بمقاصدها

Friday, July 27, 2018

                                                        بسم الله الرحمن الرحيم


  الأمور بمقاصدها     

   Makna الأمور


             جمع الأمر  
             
Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari seorang manusia samada melakukan atau meninggalkan merangkumi perbuatan , kata-kata atau niat .



           بمقاصد جمع مقاصد

Berasal dari perkataan Al-Qasad yang bermaksud niat .


            الأمور بالمقاصدها

Segala perbuatan atau tingkah laku atau urusan niaga dan sebagainya adalah bersandarkan kepada niat .

           اركان القاعدة


               الأمور

1. Lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar dari manusia .


            بمقاصدها

2. Sah atau batalnya sesuatu perkara yang bergantung kepada niat .



                ( الشرط القاعدة  (القاصد 

 a)             (المكلف)

1.      Islam 

- manusia
-baligh
-berakal

      2. Keahlian


 b)           ( الشرط المقصود  (عملا

1.      Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat , jika seorang itu jahil tidak sah ibadat .
2.     Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf dari sudut akal , syarak , adat .
3.     Hendaklah perbuatan tertentu .
4.     Hendaklah diusahakan diri sendiri .

c)                    القصد / النية 


1.     Tidak boleh berlawan dengan syariat Allah .
2.     Serentak dengan perkara yang diniatkan .
3.     Tidak buat perkara yang berlawan dengan niat .
4.     Yakin dengan niat tidak teragak-agak .
5.     Ikhlas kerana Allah Ta'ala .

Contoh ;- 

Niat nak batal solat . Kalau niat nak batal solat maka terbatal . 
 ( Imam Syafi'e )


d )                 مكان \ وقت 



  1.  Dalam hati tidak hanya sekadar lafaz .
  2.  Lafaz niat yang dilakukan nabi dalam ibadah haji sahaja / mazhab syafie disunatkan untuk lafaz niat supaya membantu ketetapan hati . 
Waktu Niat :

    1. Diawal ibadat . 
    2. Boleh diawalkan .

- ibadah wajib : puasa yang wajib .


  KENAPA DISYARIATKAN UNTUK BERNIAT .

   1. Mendekatkan diri kepada Allah .
   2. Membezakan perbuatan dengan yang lain .

     i) membezakan adat dan ibadat .
    ii) membezakan diantara darjat sesuatu ibadat / adat .


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS