بسم الله الرحمن الرحيم
اليقين لا يزول بالشك
Yakin ( اليقين )
- Pasti .
- Ketenangan hati diatas sesuatu hakikat .
Syak ( الشك )
- Ragu-ragu antara dua perkara yang bertentangan.
( Makna kaedah dari fuquha ) معنى قاعدة إجمالية
- Perkara yang diyakini berlakunya ( batal ) sama dengan tidak terangkat kecuali dengan dalil yang pasti ( القطعي ) dan ianya tidak dihukumkan dengan hilangnya keyakinan tadi , begitu juga perkara yang diyakini tidak berlaku ( tidak sabit berlaku ) maka tidak dihukumkan ianya sabit berlaku hanya dengan syak wasangka kerana syak wasangka lebih lemah daripada yakin .
Contoh : Orang yang berada dalam keadaan suci kemudian dia syak dia berhadas , apa hukumnya ?
Imam ahmad & Abu Hanifah berkata hukumnya suci kerana yakin tidak berhadas .
Imam Malik berkata wajib ke atasnya berwudhuk berdasarkan kaedah ( dalam kaedah syak didalam syarat ) ( wuduk ) menjadi penghalang daripada sahnya solat , justeru taharah ( suci ) adalah syarat sah solat .
قاعدة إمام المالك
( الشك في الشرط مانع من ترتيب المشروط )
Sekiranya seseorang itu berhutang dengan orang lain kemudian orang yang berhutang itu syak , adakah dia dah jelaskan hutang ?
Hukum hutang tersebut kekal , kerana dia yakin yang dia berhutang .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment